Saturday, September 13, 2008

RPH- Bagaimana Anda Menulisnya?

RPH? Siapa cikgu yang tidak tahu mengenai RPH. RPH merupakan Rancangan Pelajaran Harian. Setiap hari kita sebagai guru akan menulis RPH untuk mengajar esoknya. Tahun ini saya setiap hari akan menulis 3 RPH kecuali untuk hari Jumaat, hanya 2 RPH. Tahun ini saya mengajar 29 waktu sahaja.

Ada beberapa persoalan yang sering bermain di bibir guru-guru takala membincangkan RPH ini. Berikut adalah di antara isu-isu yang sering dibangkitkan.

1. Bagaimana cara menulis RPH sebenar? Apakah format terbaik bagi RPH setiap mata pelajaran?

2. Jika guru pergi berkursus, adakah beliau perlu menulis RPH?

3. Apakah RPH boleh ditaip dan ditampal?

4. Bolehkan menghantar RPH dalam bentuk softcopy? Hantar dalam disket, email atau sistem LAN sekolah.

Setiap kali menulis RPH perkara di atas sering juga bermain di minda saya. Untuk menulis satu RPH mengambil masa sekurangnya 20 minit tidak termasuk merangcang. 3 RPH maksudnya 1jam. Mengajar pula 3 jam. JIka masa yang diambil untuk merancang (termasuk penyediaan BBM) 0.5 jam bagi satu RPH. Maka tambah lagi 1.5jam. menanda latihan bagi 3 RPH tadi 3jam dengan kadaran 1 kelas 30 orang murid. Maka jumlah semua jam yang digunakan untuk menjayakan RPH dalam satu hari ialah 8.5 jam. Huh.. Cikgu bestlah, kerja sekerat hari jer melalut ler pula:) Itu baru mengajar yer. Tak termasuk har pengkeranian.

Untuk menjawab persoalan di atas mari kita merujuk kepada Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1999.

Munurut surat pekeliling di atas, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hanyalah mengandungi Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH).

Dalam ayat no.4 pekeliling tersebut, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apajua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian dijaga dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Jadi saya harap anda dapat kongsikan cara anda menyediakan Rekod Pengaran dan Pembelajaran. Dan kongsikan juga idea anda dalam meningkatkan mutu serta memudahkan guru dalam menyediakan RPP ini.

No comments: