Sunday, April 27, 2008

Tahniah !!!

KGKT menyucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada

1. Semua guru dan kakitangan yang menerima anugerah cemerlang! Syabasss...teruskan usaha kecemerlangan anda. Jangan lupa belanja ! Semoga dimurahkan rezeki.

2. Semua guru dan kakitangan yang telah lulus PTK 4-4 bagi peperiksaan baru-baru ini. Terror tu ! Jangan lupa kena belanja juga ya!

3. Semua guru dan kakitangan yang telah menerima kenaikan pangkat!....jangan lupa kawan-kawan lama sudah le!

4. Uzair bekas pelajar SMKE yang kudung kedua belah kaki terus berjaya. Utusan Malaysia

5. Semua Jawatankuasa PIBG dan semua guru yang telah berjaya mengendalikan mesyuarat Agong tahunannya.

6. Semua pelajar dan guru-guru yang terlibat dengan Karnival Asrama. Tahniah kepada yang berjaya. yang tak berjaya jangan berputus asa.

7. Semua guru pelatih yang telah menamatkan latihan mengajar di SMKE baru-baru ini. Selamat maju jaya dan selamat bertugas ditempat baru.

8. Masih belum terlewat... kepada yang masih baru melangsungkan majlis perkahwinannya, selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke anak cucu hendaknya. Kepada yang akan melangsungkan majlis tak lama lagi.. siap sedia le !

Salam Takziah



KGKT menyucapkan salam takziah kepada Pn.Helma bt Mohamad diatas pemergian ibu kesayangannya ke rahmatullah baru-baru ini. Semoga Pn Helma menerima takdir ini dengan penuh sabar. Semoga Allah mencucuri rahmatNya dan menempatkannya di kalangan para solihin. Amin Ya Rabbul Alamin.

Lawak Cikgu




Saturday, April 26, 2008

Berita Terkini


1. Gaji bulan April sudah keluar.
Yuran KGKT untuk semester 1 sedang dipungut sekarang. Sila buat pembayaran kepada Bendahari(Cik Nur Fadzlina) atau kepada Naib Bendahari(En Mohd Hafiz) dengan segera.
Terima kasih daun keladi !

2. Pencerapan buku latihan pelajar dan pencerapan PNP akan dijalankan sepanjang bulan April ini. Diharapkan kita sentiasa bersiap sedia!

3.Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Julai 2008

4.Makluman Kemasukan Ke Tingkatan 6 Bawah Sesi 2008

5.Perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sempena Perayaan Hari Guru 2008 “Guru Cemerlang Negara Terbilang”

6. Surat pekeliling Pemakaian batik

KGKT SMKE VII TAIPING 2008

PENGERUSI
En Maizuri Ikmal Bin Mohamad Kamal

NAIB PENGERUSI
En.Zulkurnain Bin Mohamad

SETIAUSAHA
Cik Poh Bee Theen

NAIB SETIAUSAHA
Cik Aznin Adhha Bt Zamri


BENDAHARI
Cik Nur Fadzlina

NAIB BENDAHARI
En Mohd Hafizbin Ahmad

AJK
Pn. Nooralishah bt Ali
Pn. Nor aida
En. Jasni

JURU AUDIT
Tn. Hj Mohammad Rokhimi bin Ahmad
Pn. Nor Haslinda bt Md Hashim

AHLI-AHLI
Semua guru dan kakitangan bukan guru SMKE VII Taiping

YURAN
RM40.00 setahun bagi guru
RM20.00 setahun bagi bukan guru.


CADANGAN AKTIVITI 2008/2009

1. Mesyuarat bulanan jawatankuasa.
2. Menerbitkan bulletin sebulan sekali yang berkaitan dengan guru, aktiviti
kelab dan apa sahaja yang bermanfaat untuk guru dan pekerja SMKEVII Taiping.
3. Membina Laman Web KGKT Sila layari http://kgktsmke7.blogspot.com
4. Pertandingan Membina Laman Web
5. Sambutan Perayan Hari Guru Peringkat Sekolah.
6. Sambutan Sukan Tahunan Sekolah.
7. Sambutan Perayaan ke 125 tahun SMKE.
8. Sambutan Perayaan hari Kemerdekaan.
9. Perlawanan Persahabatan KGKT dengan sekolah lain dalam acara sukan.
10. Majlis Persaraan Tn. Pengetua
11. Majlis Persaraan Tn. PK Petang
12. Majlis Persaraan En. Saw
13. Jamuan Akhir Tahun
14. Hadiah Hari Lahir untuk semua ahli Kelab KGKT SMKEVII Taiping.
15. Hadiah untuk guru-guru bersalin dan guru-guru bertukar.
16. Majlis berbuka puasa.
17. Majlis Bacaan Yassin untuk guru-guru yang akan mengerjakan haji.
18. Jamuan bagi pertukaran guru dan guru-guru yang akan mengerjakan Haji.
19. Gotong Royong Majlis Kurban.
20. Gotong Royong Menceriakan bilik guru.
21. Pertandingan Keceriaan Bilik Guru.
22. Lawatan Bermaklumat ke Langkawi, Putrajaya dan KLCC.
23. Program Hari keluarga.
24. Menambahkan bilangan garaj kereta bagi guru-guru.
25. Mengemukakan usul agar tuan pengetua dapat memberi penilaian prestasi cemerlang dengan markah 90 ke atas kepada 90% hingga 100% daripada bilangan guru dan kakitangan.
26. Mengemukakan usul agar PIBG dapat memperuntukkan nilai imbuhan kelas tambahan untuk tempoh 1 jam sebanyak RM30.00; iaitu satu kadar yang setimpal dengan usaha dan kelayakan guru-guru.

PANDUAN TUGASAN UNTUK AJK

AJK BULETIN
Menerbitkan bulletin sebulan sekali yang berkaitan dengan guru, aktiviti kelab dan apa sahaja yang bermanfaat untuk guru dan pekerja SMKEVII Taiping

AJK KECERIAAN
Menceriakan bilik guru
Kemaskini langsir, beli pengikat
Memohon meja tambahan yang seragam untuk semua guru di bilik guru dan bilik-bilik khas lain
Membuat tag nama guru untuk dilekatkan pada setiap meja guru.
Menetapkan hari untuk pembersihan bilik guru.
Menyenaraikan keperluan keceriaan untuk dibincang dengan pihak sekolah.

AJK JAMUAN
Mengendalikan semua jamuan di bawah aktiviti Kelab KGKT.
Menyediakan menu yang bersesuaian dengan bajet dan tujuan jamuan.

AJK KEBAJIKAN
Menjaga kebajikan guru dan kakitangan SMKEVII Taiping berdasarkan peruntukan Perlembagaan Kelab.

AJK RIADAH DAN SUKAN
Merancang aktiviti dan menyediakan alatan untuk acara sukan di bawah aktiviti Kelab KGKT SMKEVII Taiping.

AJK HADIAH/HARI LAHIR
Menyediakan hadiah untuk majlis di bawah aktiviti Kelab dan hadiah hari lahir untuk semua ahli Kelab KGKT SMKEVII Taiping.

Guru Cemerlang



“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang diatas merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

* Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau
bidang pengkhususan masing-masing.
* Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
* Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
* Meningkatkan motivasi guru.
* Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran
Guru Cemerlang.
* Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
* Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau
bertukar ke jawatan pentadbiran.
* Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara
laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).


-----------------------------------------------------------------------------------

Salahkah guru merotan & menghukum?

Dari Umar bin Syuaib dari bapanya, dari datuknya disebutkan bahawa Rasul Allah saw pernah bersabda :

“Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat dari umur tujuh tahun, dan pukullah mereka sekiranya enggan mengerjakannya pada umur sepuluh tahun serta pisahkan mereka (anak lelaki dan anak perempuan) dari tempat tidur.”
(Abu Daud dan al-Hakim)
--------------------------------------------------------------------------------------
Dewasa ini, ramai pihak terutamanya ibubapa menentang keras konsep memukul dan merotan pelajar apabila melakukan kesalahan. Kesannya amat terasa dalam proses pendidikan untuk tujuan mendidik. Kita harus ingat bahawa seorang guru di sekolah bukan hanya mengajar semata-mata, malah guru bertanggungjawab dan menjadi satu amanah untuk mereka mendidik pelajar supaya menjadi manusia yang bukan saja berilmu, tetapi juga beradab mulia.

Hadis diatas yang saya mulakan sebagai pembuka bicara untuk kali ini, adalah satu saranan yang dilafazkan oleh seorang manusia yang dipilih oleh Allah sebagai utusan. Jika mendidik dengan cara pukulan ini menjadi satu penentangan, bagaimana pula pendapat dan pandangan tentang saranan hadis tersebut. Adakah saranan itu tidak relevan?

Kita harus sedar, sebagai seorang yang beriman kepada Allah, dan RasulNya, kita wajib memandang bahawa saranan itu pastinya baik dan mempunyai unsur kebaikan. Namun demikian, kefahaman tentang istilah memukul itu yang harus diperhalusi. Isteri yang nusyuz juga disarankan di dalam al-Quran supaya dipukul (sila rujuk surah an-Nisak ayat 34). Tapi bentuk pukulan yang macam mana?

Para pendidik mesti mematuhi etika pendidikan secara syar’i sebelum tindakan menghukum dilakukan, iaitu :

1. Tidak boleh memukul muridnya kecuali setelah menggunakan pelbagai cara dan pendekatan yang lemah lembut dan telah diberi peringatan serta amaran.

2. Tidak boleh memukul murid dalam keadaan emosi yang terlampau marah.

3. Pukulan tidak boleh dilakukan ditempat-tempat yang berbahaya atau sensitif seperti kepala, perut, dada atau muka.

4. Pukulan jangan terlalu kuat dan tidak terlalu menyakitkan. Tempat yang dipukul adalah dua tapak tangan atau kedua kaki dengan alat pemukul yang tidak membahayakan.

5. Sekiranya kesalahan itu adalah kesalahan pertama, maka kanak-kanak atau murid berkenaan tidak layak dipukul, sebaliknya dia diberi peluang untuk menginsafi diri, berubah dan bertaubat dari kesalahannya.

6. Pukulan hendaklah dilakukan oleh guru itu sendiri dan bukannya diwakilkan kepada orang lain untuk melakukannya.

7. Sekiranya pukulan itu sebagai hukuman terhadap kanak-kanak atau murid berkenaan, maka ia mestilah dilakukan pada masa kesalahan itu dilakukan dan jangan bertangguh sehingga kesalahan tersebut telah dilupakan atau kesannya telah hilang (tidak dirasai lagi).

8. Sekiranya diyakini bahawa pukulan itu tidak akan mendatangkan kesan kebaikan, iaitu tidak akan mengubah dari perangai buruk kepada baik, maka pukulan itu dilarang sama sekali, sebaliknya hendaklah mencari jalan penyelesaian lain yang lebih berkesan.

9. Pukulan yang dilakukan, jika melebihi sekali (dua atau tiga atau lebih) hendaklah tidak di tempat yang sama. Pukulan yang kedua hendaklah lebih ringan dari pukulan yang pertama. Guru dianjurkan agar mengangkat tangannya ketika memukul, tetapi itu bukan bermakna kuat pukulannya (mengangkat tangan hanya sebagai isyarat menggerunkan dan menunjukkan kesungguhan saja).

Perlu diingat bahawa hukuman dalam mendidik adalah pendidikan. Ketulusan hati mendidik menjadikan seorang guru itu lebih bijaksana dalam semua tindakan yang dilakukan dalam proses pendidikan. Hukuman daripada guru yang bijaksana pasti meninggalkan kesan dan iktibar yang baik, yang pastinya akan diingati oleh murid selama-lamanya. Sehingga kadangkala iktibar tersebut lebih melekat di jiwa murid berbanding pengajaran yang dituturkan oleh guru berkenaan.

Namun demikian, kerja-kerja kebaikan (seperti hukuman membersihkan bilik guru, mencuci tandas, mengangkut sampah dan seumpamanya) tidak sepatutnya dijadikan hukuman, kerana kebiasaan demikian akan menjadikan murid memandang orang yang membuat kerja sebegitu sebagai hukuman dan dihukum, dan sikap gemar menolong dan membantu di jiwa murid tidak dapat disemai.

Petikan forum:http://sembangcikgu.com/index.php/topic,18.0.html
--------------------------------------------------------------------------------------
Info Guru
1. Tunaikan tangungjawab sebenar kita sebagai guru kpd semua murid dengan ikhlas dan tekun.
2. Jadilah contoh pemimpin yg terbaik kpd anak didik.
3. Kurangkan "kekerasan", amalkan " kasih sayang & bimbingan".
4. Kukuhkan ukhwah sesama warga sekolah dan ibubapa.
5. Buktikan ! guru - guru di sini adalah tergolong yg "terbaik dari yg terbaik" dengan
kecemerlangan murid dlm kurikulum, kokurikulum, intelek dan jasmani.
6. Renungkanlah : Tidak ada pelajar yang sempurna (perfect).
7. Jgn lupa tunaikan solat 5 waktu.

Info Kpd Pelajar :
1. Pastikan anda mengikut semua peraturan sekolah.
2. Sila jaga disiplin diri.
3. Siapkan kerja sekolah/rumah yang diberikan.
4. Datang awal ke sekolah.
5. Sentiasa hormat pada ibubapa dan guru - guru.
6. Jadikan sekolah sebagai tempat anda menimba ilmu pengetahuan & kurangkan tabiat
membuang masa.
7. Lakukan persediaan awal sebelum Peperiksaan PMR, SPM atau STPM bermula.
8. Sebelum ke sekolah, pastikan anda "mencium tangan" ibubapa sbg berkat.
9. Tunaikan solat kerana ia adalah kunci kpd kejayaan.

Info Kpd Ibubapa :
1. Tegah anak tuan puan dari membeli makanan dan minuman dari luar sekolah. Ini bagi
mengelakkan kejadian negatif seperti cirit birit dan keracunan makanan.
2. Bertanya kpd anak sekiranya pihak sekolah ada memberi "surat pemberitahuan" yang
perlu disampaikan kpd tuan puan.
3. Sentiasa mengawasi pergerakan anak supaya keselamatan mereka lebih terjamin sewaktu
pergi & pulang dari sekolah.